Followers

Wednesday 11 January 2012

Kek Batik Penuh Kasih Sayang (rahsia turun temurun terkantoi)






Assalamualaikum dan hi.

Bertemu lagi dalam rancangan kita, Jom Memasak. Okay, tengok tajuk pon boringggg. HAHA !

Anda pandai masak telur ? Anda pandai masak air ? Anda pandai masak Maggi ? Anda pandai masak sehingga hangit ? Ya! Saya selalu masak dan kadang kadang TERhangit juga. Hehe. (ketawa malu plus sopan gitu) Kini anda boleh gebang pong pang pong pang kepada kawan-kawan anda yang anda pandai masak KEK BATIK juga ya ! Ya ! Ya ! ;') Iaitu salah satu benda yang paling hampeh sekali dalam bab-bab memasak bagi orang yang tak pandai masak. Sebab ia sangat mudah dan senang dan.... Hampeh :B
Pergi ambil pen dan kertas dan salin bahan untuk membuat Kek Batik Penuh Kasih Sayang. Bila aku taip Kek batik penuh kasih sayang, Tolong buat nada gedik. Tolong yah. Haha. Kita buat lagi sekali okay? Okay. ;')

Pergi ambil pen dan kertas sekarang dan salin bahan untuk membuat Kek Batik Penuh Kasih Sayang~ Hihi.

Bahan-bahannya adalah (Ala ala suara Chef ONE) Hehehehe.


1 paket biskut marie, 1 apa tue orang panggil ? Ermm, kiranya 1 Buttercup seperti gambar rajah di atas, serbuk koko, dan 1 tin susu. Okay ? Dah salin ? Ewah ewah. Haha.
Dan CHEFNya ialah........ Dipersilakan CHEF CHEF !! 
*jangan fikir aku nak jual muka pulak kat sini* Tak. Jangan risau. -.-

Dan resepi rahsia. Resepi yang turun temurun dari berapa punya keturunan. Akan dibongkarkan sekarang. Akan dikantoikan sekarang juga. Ya. Mari bongkarkan. Terjah.Okay. Dah salin Kek Batik Penuh Kasih Sayang ? Jangan lupa nada gedik tuh okay ?Bukan Nada Cinta. -.- *promote promote. Haha. K dah dah.

Okay. sebelum kita pergi ke cara membuat Kek Batik Penuh Kasih Sayang. Okay. Berapa banyak kali nak okay ntah. Hehe. Okay, eh silap. Tanak okay dah. :|

 Saya nak buat announcement yang SAYA BARU JA MENGELUARKAN BUKU HASIL TITIK PELUH SAYA SENDIRI ! MARILAH BELI BUKU MASAKAN SAYA. DARI CHEF TERKEMUKA. CHEF ZIRA. BUKU YANG TIADA SIAPA BOLEH TANDINGI. IAITU BERTAJUK :
 
"EH EH. KEK BATIK JE KE KAU RETI MASAK??"
DAPATKAN DI PASARAN SEKARANG ! JUGA TERDAPAT DI KEDAI MOTOR.
 PASAR MALAM PON BOLEH.


Okay. Beli tau !
Kembali kepada Kek Batik Penuh Kasih Sayang kita.



First sekali aku akan pecah pecahkan biskut marie ni ke dalam pelengat.
 Tak PASTI lah negeri lain panggil apa. Tapi pelengat la. 
Yang bekas aluminium orang duk buat kek tuh. 




Lepas tue masak buttercup tue sampai cair. 




Lepas tue masukkan susu, kacau kacau. 
Kemudian masukkan serbuk koko.
Tak sempat nak ambil gambar pulak.
 Yolah. Gila hapa.
Dia memerlukan kepantasan yah.




Dah kacau. Dah sebati. Masukkan ah biskut marie tue. 
Gaul gaul rata ye semua. Bagi dia salut coklat tue okay ?




Dari ini.




Jadi ini. Untuk gaul, guna senduk yang kayu tue nah nah. Sebab tanak nanti dia lekat. *petua* 

Sorry agak kotor. Biasalah. Ramai yang mengacaunya pon adoii.





Nak last dah ni, tuang balik biskut marie ni dalam pelengat tadi.
 Tuang dah ? Hehe.




Akhirnya, haaa akhir pon. Haha. Ambil senduk plastik ! 
PLASTIK ! 
Untuk ratakan dipermukaan sekeliling. Kemudian masukkan ke dalam peti ais. 
Biarkan sehingga Kek Batik Penuh Kasih Sayang ni sejuk :)))

Dan yeay !
Dah siap Kek Batik Penuh Kasih Sayang kita. Apa lagi...
 Alaahh ! TAK CAKAP DENGAN NADA GEDIK PUN ! 
START BALIK START BALIK !

Dah siap dah Kek Batik Penuh Kasih Sayang kitewww~ Yeay! Apa lagi. Mula lah korang terliur. Sebab korang mampu tengok ja. Aku ja yang makan. Muahaha.

Selamatlah sudah sesi Kek Batik Penuh Kasih Sayang kita. 
Kali ni tak gedik pun tak pa. Sebab penat bergedik dah tadi kan ? Kan ?
Try la buat ! Dan dah buat bagitau aku. Jangan lupa !
 Buat dengan Penuh Kasih Sayang okay! :D

Tue saja untuk episod kali ni. Bertemu lagi.

K tidur. Selamat pagi ! :)

- THE END -



6 comments:

  1. eh, mengalir air liur nengok.fuhhh semangat~

    ReplyDelete
  2. tumpng tnye..... bpe kuantiti susu n coklat nk bubuh????? follow back!

    ReplyDelete
  3. saya kalau takde sebok koko, gune milo..
    hihi.. sedap jugak~

    ReplyDelete
  4. EruzuLiyana : Hehe. Buat buat. :)

    ReplyDelete
  5. Pink Violet : Susu selalunya zira guna setengah hingga separuh tin. Ikut ah. Kalau nak manis, masukkan banyak. Tapi kalau separuh (lebih daripada setengah) tin pon dah ok. Kalau serbuk koko, masukkan sampai warna dia bertukar jadi koko. :D

    ReplyDelete
  6. Mardihah : Milo pon boleh. Tapi zira tak pernah guna milo. Rasa tak sama. :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...