Followers

Sunday 29 January 2012

Pengalaman baru.







Assalamualaikum dan hi.


Vroom vroom vroom.
Parking kereta tepi dashboard, keluar kereta.
 Ejas ejas baju/seluar semua, flips tudung.
Update blog. Hehehe. Okay tak intro macam ni ? Haha. 



Hi semua. Sihat ? Sekolah okay ?

 Dengan ini saya berbangga sebab saya tidak lagi bergelar
 "pelajar sekolah".
Yang memakai baju putih, berkain biru, berkasut putih, dan bertudung putih.  Putih lagi suci dan murni. Haha.
Habis dah exam semua. Penat weyh.
Otak macam nak pecah. Ewah ewah.
Tipu sampai macam ni sekali. xD

Kehidupan aku selepas zaman persekolahan ? Haaa, nak cerita dengan bersungguh sungguhnya ni. Aku mula bekerja pada 18/1/2012. Ya, hari pertama aku kerja. Aku macam, malu malu tahi ayam ah kan.Konon pergi tak cakap. Diam ja. Pastu pastu, aku macam, BILA NAK BALIK T__T. First time bekerja, berdiri SAHAJA pulak tue. Balik macam robot ah aku. Kaki lenguh gila namati weyh. Tak tipu ! :|


Hari kedua jangan kata. Macam 1 mall tue boleh dengar suara aku yang merdu ni. Haha. Tapi tak sembang sangat pon dengan yang lain. Mana taknya, ramai gila customer. Nak raya cina kan ? Haa, tak menang tangan ah. Ewahh. Lagu dekat mall tue pulak asyik lagu cina. Aku naik bosan nak muntah wekk wekk. Sampai sekarang pon lagu cina. Macam nak cari ja DJ kat situ. Hahaha. :P

Tapi nak puji sikit ah. Sikit ja. Semalam ada la 1/2 lagu melayu yang dipasang. Tue pon lagu Ombak Rindu dengan lagu dangdut. Motif apa diorang pasang lagu dangdut ntahlah. Alahai. Tak kan nak suruh aku menari kot ? Hahaha. K dah.



Sekarang pon aku masih bekerja. Hari ni ada masa sikit nak update blog ni haa. Kang merajuk pulak blog aku. Haha. Hari ni masuk pukul 3 petang. Balik pukul 10 malam. Penat ? Jangan tanya ah. Memang penat. Sebab kena berdiri ja. Tapi kalau kita ikhlas, insyaAllah penat tue tak rasa pon. :') Selalunya aku pergi kerja dengan sepupu aku. Naik motor. Wengg wengg. Jangan jeles. :P








P/S : Kerja ni tak boleh buka handphone pon sebenarnya. Tapi aku buat suka hati aku. Macam mall tue aku yang punya. Hehehehe.
Sorry boss :D



Dan ini, kerja masa bosan selepas Raya Cina. Sebab tadak customer. -.- Ouch ! Kasihan woh. Nasib baik kawan kerja aku semua okay.
 Okay lah sangatttt. Haha. :P



Jangan tanya kenapa aku update agak panjang.
Aku semangat gila ni. Haha.

DAN ! Jangan tanya kenapa gambar agak tak helok.
Sebab aku tak guna camera besar kedabak DSLR apa ntah. :P


Yes Miss ? Ada sale 70%. Nak saiz apa ? :')


-THE END-

Wednesday 11 January 2012

Kek Batik Penuh Kasih Sayang (rahsia turun temurun terkantoi)






Assalamualaikum dan hi.

Bertemu lagi dalam rancangan kita, Jom Memasak. Okay, tengok tajuk pon boringggg. HAHA !

Anda pandai masak telur ? Anda pandai masak air ? Anda pandai masak Maggi ? Anda pandai masak sehingga hangit ? Ya! Saya selalu masak dan kadang kadang TERhangit juga. Hehe. (ketawa malu plus sopan gitu) Kini anda boleh gebang pong pang pong pang kepada kawan-kawan anda yang anda pandai masak KEK BATIK juga ya ! Ya ! Ya ! ;') Iaitu salah satu benda yang paling hampeh sekali dalam bab-bab memasak bagi orang yang tak pandai masak. Sebab ia sangat mudah dan senang dan.... Hampeh :B
Pergi ambil pen dan kertas dan salin bahan untuk membuat Kek Batik Penuh Kasih Sayang. Bila aku taip Kek batik penuh kasih sayang, Tolong buat nada gedik. Tolong yah. Haha. Kita buat lagi sekali okay? Okay. ;')

Pergi ambil pen dan kertas sekarang dan salin bahan untuk membuat Kek Batik Penuh Kasih Sayang~ Hihi.

Bahan-bahannya adalah (Ala ala suara Chef ONE) Hehehehe.


1 paket biskut marie, 1 apa tue orang panggil ? Ermm, kiranya 1 Buttercup seperti gambar rajah di atas, serbuk koko, dan 1 tin susu. Okay ? Dah salin ? Ewah ewah. Haha.
Dan CHEFNya ialah........ Dipersilakan CHEF CHEF !! 
*jangan fikir aku nak jual muka pulak kat sini* Tak. Jangan risau. -.-

Dan resepi rahsia. Resepi yang turun temurun dari berapa punya keturunan. Akan dibongkarkan sekarang. Akan dikantoikan sekarang juga. Ya. Mari bongkarkan. Terjah.Okay. Dah salin Kek Batik Penuh Kasih Sayang ? Jangan lupa nada gedik tuh okay ?Bukan Nada Cinta. -.- *promote promote. Haha. K dah dah.

Okay. sebelum kita pergi ke cara membuat Kek Batik Penuh Kasih Sayang. Okay. Berapa banyak kali nak okay ntah. Hehe. Okay, eh silap. Tanak okay dah. :|

 Saya nak buat announcement yang SAYA BARU JA MENGELUARKAN BUKU HASIL TITIK PELUH SAYA SENDIRI ! MARILAH BELI BUKU MASAKAN SAYA. DARI CHEF TERKEMUKA. CHEF ZIRA. BUKU YANG TIADA SIAPA BOLEH TANDINGI. IAITU BERTAJUK :
 
"EH EH. KEK BATIK JE KE KAU RETI MASAK??"
DAPATKAN DI PASARAN SEKARANG ! JUGA TERDAPAT DI KEDAI MOTOR.
 PASAR MALAM PON BOLEH.


Okay. Beli tau !
Kembali kepada Kek Batik Penuh Kasih Sayang kita.



First sekali aku akan pecah pecahkan biskut marie ni ke dalam pelengat.
 Tak PASTI lah negeri lain panggil apa. Tapi pelengat la. 
Yang bekas aluminium orang duk buat kek tuh. 




Lepas tue masak buttercup tue sampai cair. 




Lepas tue masukkan susu, kacau kacau. 
Kemudian masukkan serbuk koko.
Tak sempat nak ambil gambar pulak.
 Yolah. Gila hapa.
Dia memerlukan kepantasan yah.




Dah kacau. Dah sebati. Masukkan ah biskut marie tue. 
Gaul gaul rata ye semua. Bagi dia salut coklat tue okay ?




Dari ini.




Jadi ini. Untuk gaul, guna senduk yang kayu tue nah nah. Sebab tanak nanti dia lekat. *petua* 

Sorry agak kotor. Biasalah. Ramai yang mengacaunya pon adoii.





Nak last dah ni, tuang balik biskut marie ni dalam pelengat tadi.
 Tuang dah ? Hehe.




Akhirnya, haaa akhir pon. Haha. Ambil senduk plastik ! 
PLASTIK ! 
Untuk ratakan dipermukaan sekeliling. Kemudian masukkan ke dalam peti ais. 
Biarkan sehingga Kek Batik Penuh Kasih Sayang ni sejuk :)))

Dan yeay !
Dah siap Kek Batik Penuh Kasih Sayang kita. Apa lagi...
 Alaahh ! TAK CAKAP DENGAN NADA GEDIK PUN ! 
START BALIK START BALIK !

Dah siap dah Kek Batik Penuh Kasih Sayang kitewww~ Yeay! Apa lagi. Mula lah korang terliur. Sebab korang mampu tengok ja. Aku ja yang makan. Muahaha.

Selamatlah sudah sesi Kek Batik Penuh Kasih Sayang kita. 
Kali ni tak gedik pun tak pa. Sebab penat bergedik dah tadi kan ? Kan ?
Try la buat ! Dan dah buat bagitau aku. Jangan lupa !
 Buat dengan Penuh Kasih Sayang okay! :D

Tue saja untuk episod kali ni. Bertemu lagi.

K tidur. Selamat pagi ! :)

- THE END -



Rahsia wanita melalui cara jalan






Assalamualaikum dan hi. 
Hari ni aku update pasal umum pulak. Oryte ?
Asyik cerita pasal life aku ja. *konon* Karang terbongkar ah semua. Haha.
 Mana boleh mana boleh. Cannot. *tongueout* 

Rahsia WANITA melalui cara berjalan ? Wanita ? Lelaki ? Emm, lelaki aku tak tahu pulak. Sebab search dekat google ada untuk wanita sahaja. Tak nampak untuk lelaki pong. Hehe. Tapa tapa, next time aku buat untuk lelaki pulak yah ? :)) Sebab aku wanita, jadi aku lebihkan sikit untuk kaum Hawa ah. :D
Ye dokk girls ? Cewah cewah. Haha.

Setiap orang okay. Okay ? Erm, okay. Tak kiralah perempuan mahupun lelaki, gerakan atau cara dia berjalan melambangkan sifat peribadinya. Terpulang nak percaya ataupun tidak. Tapi Allah mencipta hambaNya dengan kelebihan dan kelemahan tersendiri. Jadi, jadi dan jadi... *lupa ayat. Tampar dahi* HAHA. K k cover cover.
JADI ya, anda semua bolehlah blah. Eh eh bukan. Hehe. Boleh tengok korang/hampa boleh ah tengok cara boypreng or girlpreng korang/hampa berjalan. Haaa :)) Tapi jangan tengok sangat. Karang ni makan dia. Haha. *tetiba keluar Nabil* Tskk tskk. -.-


Okay, jom kita mula membaca sambil dengar lagu dan diam. >...<





Nak pergi mana tue ? O.o Motif aku ? K k. Dah. Baca. :D

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kerana wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.




Atoto, sweetnya pon adoiii. <3


DAH BACA SEMUA ? Hehe. Ada tak kena dengan korang/hampa ?
 Mesti ada kan ? Kan kan ?
Kalau aku, aku number tutt dan tutt. Haha. Nak publish tak ? Tanak ah. :P
Karang kata aku "BAJET"  Huhuk. 

Biarlah. Hehe. Aku number____teka ah teka ah. Hehe. 
Ini serius okay. -.- Okay okay, aku number 2 dan 4. :D Uolsss ? ^^
Memang aku kalau jalan akan tengok kiri dan kanan. Haha. 
Sambil cuci mata maybe ? Errr. Okay, ignore pasal tue.
 Dan aku juga akan tengok lurus ja kalau aku dah tak larat nak tengkok kanan dan kiri. 
Sakit tengkok ah asyik tengok kiri dan kanan.
 Gila kau. Sumpah. Haha. K cukop. :/

Okies. Sampai sini sahaja laporan saya pasa petang ini ? Okay tetiba. 

Aku nak pergi buat kek batikkkkk. Karang adik aku bising bila balik sekolah. Bila nak buat, bila nak buat dan bla bla bla. -.- 
TENGOK, baru cakap dia dah sampai. -.-


Kbye. *lambai lambai tangan, flying kiss sekali* xD

-THE END- 

Wednesday 4 January 2012

Teman emak. :)






Assalamualaikum dan hi hi hi hi lagi. :D

Petang tadi emak suruh teman dia pergi Hospital. Nak ambil barang apa ntah. Aku teman ja lah en en. Sebab syurga di bawah tapak kaki ibu. Hehe. *tengok tapak kaki ibu masing masing* Hahaha. Memain ja haihh. Tok sah buat nah. Karang lain jadinya. Kan kan ? :D 



Sampai sudaah. Tadak orang pon. Aku pon mulalah kerja aku.
*Bored*




Ewah ewah. Konon sopan lah aku rapatkan kaki cam gitu. HAHA ! :P




Nurse !!!! Mana mau pegi haa ? Duduk diam diam ah. Hehehe.




Ada pesakit lain sampai lepas 10 minit kemudian kot. Tunggu turn ah ni.





 Time mak aku masuk jumpa doctor. Aku pon amik gambar dia.
 DIA TAK PERASAN ! HAHA !

Sorry auntie. >.<
Lepas tue, dia tegur aku. Aku pon apa lagi. Pok pet pok pet ah. :D
Stay mana. Datang dengan sapa. Dan bla bla bla. 






Nampak tak muka aku tengah bosan ? Nampak tak ? Nampak tak ? 




Otw balik dah. :D
Spek sapalah yang ada dalam  kereta aku yang tak helok sangat ni. HAHA !




Singgah Giant beli KFC. Nyummy nyummy.
:D

-THE END-


Tuesday 3 January 2012

Burung Biru.






Assalamualaikum dan hi readers. :)



Entry kali ni paling ringkas dan padat dan sebenarnya malas nak update tapi disebabkan saya sedang menunggu rakan saya --> Ena Eleena yang sedang makan apa salahnya saya update sebentar kan. *jangan tanya kenapa saya taip tadak titik atau koma, aku sedang bercakap ala ala senafas gituh* HAHA. K dah. -.-


Burung biru ? Apakah ? Yaa. Burung biru a.k.a Twitter lah. Haihh.
Buat buat tak faham pulak. Hehe.

Siapa ada twitter ? Angkat kening macam ni ^^.
Okies okies. Bagus. Keramaian nampaknya. Hahaha. Dan kalau sudi. Jom follow memollow. =D


Siapa yang SUDI nak follow boleh tekan bawah niyh.

V



Dah tekan ? Dah follow ? Baguss. Atotoo. Muahhh banyak banyak. 
Hahaha. K stop. -.-

:D



-THE END-

Sunday 1 January 2012

Entry pertama tahun baru :)








Assalamualaikum dan hi dunia. Malam yang sunyi dan sepi.
Aku sendiri di ruang tamu.

Apa yang aku merepek ni ? HAHA. Biarlahhh. :P
Hmm, tetiba terasa nak update blog.
Disebabkan tahun 2012 ni tak ada entry lagi kan.

Haaa, ni lah entry pertama untuk tahun 2012 ni. *tepuk tangan tepuk tangan* xD


Soalan : Apa azam tahun baru anda ?

Jawapan : Azam tahun baru saya ialah______. Bla bla bla.

*tadak masa nak taip panjang lebar untuk soalan sendiri di atas* Hahaha.


Apalah yang aku nak buat tahun baru ni kan ?
PLKN ? Perghhh, aku rasa nak bunuh ja orang yang tanya pasal PLKN kat aku. Haha. Sesungguhnya, saya tidak tahu dan malas nak ambil tahu pasal PLKN ini.
Harap Maklum. -.-


1 January 2012. Tadak perkara yang best pon. Semua biasa saja. Haha.


FUNNY THINGS : Ada sorang mamat ni, tetiba mesej aku petang tadi. Kononnya nampak aku kat QueensbayMall. Yang aku ni baca mesej dia terkejut namati ah kan. Aku duduk baik baik ja kat rumah. Ada ka patut dia kata aku kat sana ? Ish ish. Roh aku kot terlepas pergi sana. HAHA ! :P

Lepas tu, *ada lagi ada lagi* orang yang sama jugak ni. Dia mesej aku, tanya aku ada kat Sunshine ka. HAHA. Dah sah sah tu roh aku. Aku tak pergi mana pon haihh. *muka watlek*


BADDY THINGS : Lebam dekat lengan aku sakit gilaaaaa. Gara gara naik boat masa dekat Batu.Feringgi hari tu ah. Dah la aku naik dengan apa eh  nak panggil ? Erm, orang yang bawa boat tue. Haa, orang yang bawak boat tue. Dah la naik 2 orang ja. HAHA ! Konon romantik macam cerita Titanic ah. Puuiihh. -.-
Kalau dengan ehem ehem ka, ohom ohom ka. Takpa la jugak kan. Hahaha. Pocik tue dah la gatal. Tanya nama lah. Mai dengan sapa lah. Aku terasa nak muntah wekk wekk ja bila dia tanya aku, "You ada boyfriend ka belom". Hahaha. Tak leh blah okay. Ber-you you dan ber-I I plak dengan aku. Sengal. Nanti aku buat entry aku pergi sana okies ? Sekarang lappy kakak aku guna. *buat muka sedih macam kematian kucing* -.-


NEW THINGS : Hmm. Macam sedih ja nak taip benda ni. Huhuk. *watcool watpeace* Dan dan dan dan, biarlah rahsia untuk yang ini. :'(

Apa things lagi ? Haha. Cukop lah kan. Tak larat nak menaip dah. Haaa btw, hari tu aku tertengok post post dekat facebook kan. Ada sapa ntahlah yang post link untuk tengok cerita Ombak Rindu. Aku pon tanpa segan silu menekan dan menengok. Haha. *aku tahu kesilapan tatabahasa di situ* Hahaha.

#Habuk masuk mata la pulak masa tengok cerita tue. -.-




=)
Jom tidur.

-THE END-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...